e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
NILAI, 30 Jun 2026 – Perpustakaan USIM berbesar hati menerima kunjungan delegasi penandaarasan daripada Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan Perpustakaan USIM yang merangkumi kemudahan, perkhidmatan serta inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan. Sesi ini turut disusuli dengan perkongsian ilmu dan sesi soal jawab yang interaktif, sekali gus menyediakan platform yang baik untuk kedua-dua institusi bertukar pandangan, idea serta amalan terbaik dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan. Program kemudiannya diteruskan dengan lawatan berpandu ke sekitar Perpustakaan USIM, yang memberi peluang kepada delegasi untuk melihat dengan lebih dekat ruang pembelajaran, kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. Perpustakaan USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Perpustakaan UMS atas kunjungan dan perkongsian yang bermakna. Semoga jalinan yang terjalin ini dapat terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan amalan terbaik serta membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN UMS KE PERPUSTAKAAN USIM 30 KAKITANGAN PERPUSTAKAAN LENGKAPKAN KURSUS CYBERSECURITY FOUNDATION USIM, 23 Jun 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Fatimah Ahmad Bahsir daripada Seksyen Pengurusan Sistem Perpustakaan dan Sistem Sokongan, Bahagian Teknologi dan Repositori, Perpustakaan USIM atas kejayaan melengkapkan Kursus CyberSecurity Foundation anjuran Professional Evaluation and Certification Board (PECB). Penyertaan dalam kursus ini mencerminkan komitmen berterusan warga Perpustakaan USIM dalam meningkatkan pengetahuan dan kompetensi profesional, khususnya dalam aspek keselamatan siber yang semakin penting dalam pengurusan sistem dan perkhidmatan digital. Tahniah dan syabas diucapkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=