e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

PERPUSTAKAAN USIM ANJUR WACANA PENERBITAN PENULISANARTIKEL JURNAL BERIMPAKTINGGI NILAI, 16 Jun 2026 – Perpustakaan USIM berbesar hati menerima kunjungan para pelajar dan guru dari MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan bagi satu lawatan akademik. Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menerokai kemudahan, perkhidmatan, koleksi serta ruang pembelajaran yang disediakan di Perpustakaan USIM. Para peserta turut didedahkan kepada peranan perpustakaan akademik dalammenyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Perpustakaan USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MRSM Kuala Klawang atas kunjungan yang telah diadakan. Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermanfaat, informatif dan inspiratif kepada para pelajar serta guru, di samping menyemarakkan minat terhadap budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. USIM, 23 Jun 2026 – Perpustakaan USIM telah menganjurkan Wacana Penerbitan: Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi yang mengetengahkan strategi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penerbitan ilmiah. Wacana yang berlangsung pada 23 Jun 2026 itu menampilkan Prof. Ts. Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir dari Department of Language and Literacy, Kulliyyah of Education, International Islamic University Malaysia (IIUM) sebagai penceramah. Perkongsian memberi tumpuan kepada pemanfaatan teknologi AI dalam menyokong proses penulisan dan penerbitan artikel jurnal, di samping menekankan aspek penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab dalam penghasilan karya akademik. 27 LAWATAN AKADEMIK MRSM KUALA KLAWANG KE PERPUSTAKAANUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=