e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

FORUM BUAL BICARA MA63 BERSAMA YB DATUK TS. MUSTAPHA SAKMUD NILAI, 12 Jun 2026 – Forum Bual Bicara MA63 bersama YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah diadakan di Perpustakaan USIM sebagai satu wadah perkongsian ilmu dan wacana intelektual berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai MA63, termasuk latar belakang sejarah, kepentingannya serta kaitannya dengan pembangunan dan masa depan negara. Perpustakaan USIM berbesar hati menyokong penganjuran program berbentuk perkongsian ilmu dan wacana intelektual dengan menyediakan ruang yang kondusif bagi perbincangan, pertukaran pandangan serta penglibatan komuniti. Semoga penganjuran forum seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu penting yang berkaitan dengan sejarah, pembangunan serta masa depan negara. 26

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=