e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

NILAI, 12 Jun 2026 – Satu sesi perbincangan antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan USIM telah diadakan bagi meneroka program-program strategik serta aktiviti kolaborasi susulan daripada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi. Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada pengenalpastian bidang kerjasama yang berpotensi, perkongsian ilmu dan kepakaran serta pelaksanaan inisiatif strategik yang dapat memperkukuh perkhidmatan perpustakaan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara lebih meluas. Kerjasama ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan strategik antara PPANS dan Perpustakaan USIM melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran serta pelaksanaan program-program yang berimpak kepada komuniti. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus berkembang dan menghasilkan lebih banyak inisiatif yang bermakna serta memberi manfaat kepada warga universiti, komuniti dan ahli akademik pada masa akan datang. PERBINCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI STRATEGIK PASCA MAJLIS MENANDATANGANI MOU 25

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=