e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

Studio Shodwe USIM, 11 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Norol Iman Chroy Metrey School (NICS), Cambodia dalam satu lawatan akademik ke Perpustakaan USIM. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kemudahan, perkhidmatan serta sumber rujukan yang disediakan oleh Perpustakaan USIM bagi menyokong keperluan pembelajaran dan pengembangan ilmu. Kunjungan ini turut menjadi platform untuk perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan pengurusan perpustakaan serta perkhidmatan sokongan akademik, di samping mengeratkan hubungan dan membuka ruang kerjasama antara kedua-dua institusi. Perpustakaan USIM merakamkan penghargaan atas kunjungan Norol Iman Chroy Metrey School (NICS), Cambodia dan berharap hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh pada masa akan datang. LAWATAN AKADEMIK DARI NOROL IMAN CHROY METREY SCHOOL, CAMBODIA LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SIJIL HARTA TANAH INSPEN 24 USIM, 11 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menjadi destinasi kunjungan akademik apabila menerima kehadiran 44 pelajar Sijil Harta Tanah dan 5 kakitangan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) dalam satu lawatan ke Perpustakaan USIM. Lawatan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali persekitaran perpustakaan serta meneroka kemudahan dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan bagi menyokong pembelajaran, pencarian maklumat dan aktiviti akademik mereka. Kunjungan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar serta membuka peluang untuk mereka memanfaatkan perkhidmatan dan sumber maklumat perpustakaan secara lebih berkesan pada masa akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=