e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

USIM, 10 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Pembentangan Perancangan Strategik Perpustakaan USIM 2/2026 sebagai salah satu usaha memperkukuh hala tuju strategik dan perancangan pembangunan perpustakaan. LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH, UUM NILAI, 4 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersempena dengan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan USIM. Lawatan ini bertujuan memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan. Sesi perkongsian turut menjadi platform bagi bertukar pandangan berkaitan inisiatif, perkhidmatan dan pengurusan perpustakaan yang dapat menyokong keperluan warga universiti. Perpustakaan USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM atas kunjungan dan perkongsian yang diberikan. Sesi ini turut memberi ruang kepada warga perpustakaan untuk menilai pelaksanaan inisiatif yang telah dirancang, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. 23 PEMBENTANGAN PERANCANGAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN USIM 2/2026 Pembentangan ini menjadi platform untuk membentangkan perkembangan, pencapaian serta perancangan berkaitan inisiatif strategik Perpustakaan USIM bagi memastikan setiap pelaksanaan program dan aktiviti sentiasa selari dengan aspirasi serta agenda universiti.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=