e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

SMK NILAI IMPIAN PERKASA BUDAYAMEMBACA MENERUSI PELANCARAN DEKADMEMBACA DAN LITTLE FREE LIBRARY melaksanakan tanggungjawab sosial universiti (USR) melalui penglibatan bersama komuniti pendidikan, khususnya dalam melahirkan generasi yang cintakan ilmu dan budayamembaca. Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperluas jaringan Little Free Library serta membina ekosistem membaca yang lebih inklusif dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat. 22 NILAI, 22 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian telah menjayakan Majlis Peluncuran Dekad Membaca Peringkat SMK Nilai Impian dan Pelancaran Little Free Library (LFL) sebagai usaha memperkukuh budaya membaca serta memperluas akses kepada bahan bacaan dalamkomuniti sekolah. Majlis ini menjadi simbol komitmen bersama antara Perpustakaan USIM dan SMK Nilai Impian dalam menyokong agenda pembudayaan ilmu melalui penyediaan ruang perkongsian bahan bacaan yang mudah dicapai oleh warga sekolah. Inisiatif Little Free Library turut berperanan sebagai medium menggalakkan amalan membaca, perkongsian ilmu serta pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pelaksanaan LFL, para pelajar diberi peluang untuk meneroka bahan bacaan secara lebih santai dan terbuka, di samping memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga serta mengurus koleksi yang dikongsi bersama. Inisiatif ini juga menyokong usaha memperkasa peranan pusat sumber sekolah sebagai pusat aktiviti literasi dan pembelajaran kreatif. Kerjasama antara Perpustakaan USIM dan SMK Nilai Impian ini mencerminkan peranan perpustakaan universiti dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=