e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
Studio Shodwe Program kesukarelawanan ini dilaksanakan secara tiga sesi sepanjang tahun 2026, bermula dari April hingga Jun 2026, dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kesukarelawanan yang menyokong usaha pembudayaan membaca dan perkongsian ilmu melalui inisiatif LFL. Program ini merupakan sebahagian daripada komponen pembelajaran praktikal kursus yang bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan aktiviti kesukarelawanan, di samping menyokong usaha memperkukuh literasi dan budaya membaca dalam komuniti universiti. Sepanjang aktiviti berlangsung, para pelajar terlibat dalam proses merekod dan menyusun bahan bacaan mengikut format pengkatalogan Little Free Library, selain membantu mengurus edaran serta pengagihan bahan bacaan ke beberapa lokasi LFL sekitar USIM. Penglibatan ini membantu meningkatkan kecekapan pengurusan koleksi serta memperluas akses bahan bacaan kepada warga kampus. Selain tugasan pengurusan bahan, para pelajar turut menampilkan kreativiti melalui penghasilan reka bentuk penanda buku yang bertujuan mempromosikan inisiatif Little Free Library serta menarik minat pengguna untuk terus membudayakan amalan membaca. Aktiviti ini mencerminkan komitmen berterusan Perpustakaan USIM dalam memperkasa semangat kesukarelawanan, menggalakkan pembudayaan ilmu serta menyediakan ruang penglibatan bermakna kepada pelajar melalui pembelajaran berasaskan komuniti. Melalui kerjasama strategik bersama warga akademik dan pelajar, inisiatif Little Free Library terus diperkukuh sebagai medium perkongsian ilmu serta pemangkin kepada pembentukan komuniti kampus yang cintakan ilmu dan membaca. PELAJAR CVG1012 SAINS KESUKARELAWAN PERKASA INISIATIF LITTLE FREE LIBRARY USIM PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM MANARAT DARUS SALIM 21 USIM, 21 Mei 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Perpustakaan USIM telah menerima kunjungan pendidikan daripada Sekolah Menengah Islam Manarat Darus Salim (SMIDAS) yang bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan perpustakaan akademik di peringkat pengajian tinggi. Delegasi yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti sesi lawatan berpandu yang dikendalikan oleh warga Perpustakaan USIM. Sepanjang kunjungan tersebut, para peserta diperkenalkan dengan pelbagai kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang disediakan bagi menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan warga universiti. Perpustakaan USIM sentiasa komited dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti sekolah melalui program libat urus pendidikan yang dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu, literasi maklumat dan persediaan ke arah pendidikan tinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=