e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
Pelancaran Little Free Library SMK Nilai Impian merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya membaca melalui penyediaan ruang perkongsian bahan bacaan yang mudah diakses oleh warga sekolah. Inisiatif ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka pelbagai bahan bacaan secara lebih santai, di samping menggalakkan amalan membaca, perkongsian ilmu serta pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai sokongan terhadap pelaksanaan LFL tersebut, Perpustakaan USIM turut menyumbangkan bahan bacaan terpilih untuk dimanfaatkan oleh komuniti sekolah. Sumbangan ini mencerminkan komitmen Perpustakaan USIM dalammemperluas capaian bahan ilmu serta menyokong pembangunan literasi dalam kalangan generasi muda. Selain itu, kehadiran LFL Stewards Perpustakaan USIM turut memberi peluang perkongsian berkaitan pengurusan dan pengoperasian Little Free Library, termasuk aspek penyusunan koleksi, pengurusan bahan bacaan serta strategi menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam aktiviti membaca. Pelaksanaan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial universiti (USR) Perpustakaan USIM dalam memperkukuh jaringan bersama komuniti pendidikan. Melalui pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan Little Free Library, Perpustakaan USIM komited untuk terus menyokong usaha sekolah dalammewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kreatif dan berteraskan ilmu. Kerjasama antara Perpustakaan USIM dan SMK Nilai Impian ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya membaca yang berterusan serta melahirkan generasi yang cintakan ilmu dan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian daripada kehidupan. PERPUSTAKAAN USIM PERKASA BUDAYA MEMBACA MELALUI PELANCARAN LITTLE FREE LIBRARY DAN SUMBANGANBAHANBACAANDI SMK NILAI IMPIAN NILAI, 22 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh komitmen dalam membudayakan amalan membaca dan memperluas akses kepada ilmu menerusi Majlis Peluncuran Dekad Membaca Peringkat SMK Nilai Impian dan Pelancaran Little Free Library (LFL) yang turut diserikan dengan sumbangan bahan bacaan kepada LFL SMK Nilai Impian. Delegasi Perpustakaan USIM yang diketuai oleh Ketua Pustakawan USIM, Datin Nor Azzah Momin, bersama barisan LFL Stewards Perpustakaan USIM telah hadir bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut. Kehadiran pasukan LFL USIM ke SMK Nilai Impian telah disambut meriah oleh lebih 300 orang pelajar dan guru di Dewan SMK Nilai Impian. Turut menyambut delegasi ialah Guru Besar SMK Nilai Impian, Puan Hajah Unaizah binti Mohd Attas, bersama warga sekolah. 20
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=