e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
KURSUS PENGURUSAN LFL SEMNI PERKASA PERANAN PENGAWAS PUSAT SUMBER DALAMMEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA NILAI IMPIAN, 20 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Little Free Library (LFL) SeMNI dengan penyertaan seramai 19 orang pengawas pusat sumber sekolah sebagai usaha memperkukuh pengurusan inisiatif LFL serta menyemai budaya membaca dalam komuniti sekolah. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan konsep, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Little Free Library, di samping memperkasa peranan pengawas pusat sumber dalam mengurus bahan bacaan serta aktiviti literasi di sekolah masing-masing. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Rozana Kamdani yang memperkenalkan latar belakang dan sejarah penubuhan Little Free Library, termasuk konsep serta fungsi LFL sebagai salah satu inisiatif menggalakkan perkongsian bahan bacaan dan pembudayaan ilmu dalam komuniti. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan bahan sumbangan meliputi kaedah penerimaan, dokumentasi, rekod bahan serta pengurusan koleksi secara sistematik. Secara keseluruhannya, Kursus Pengurusan LFL SeMNI berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan pendedahan menyeluruh kepada para peserta berkaitan pengurusan, promosi dan pelaksanaan Little Free Library sebagai medium memperkukuh budaya membaca dalam komuniti sekolah. 19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=