e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
USIM, 4 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Training of Trainers (TOT) Librarians Series 4: Pengurusan Sitasi Rujukan Bahasa Arab Zotero yang melibatkan penyertaan pustakawan Perpustakaan USIM. Program ini disampaikan oleh Dr. Mohamad Salbihan Salman yang berkongsi panduan praktikal berkaitan pengurusan rujukan dan sitasi bahan akademik berbahasa Arab menggunakan aplikasi Zotero. Sesi ini memberi penekanan kepada kaedah mengurus sumber rujukan secara sistematik, khususnya melibatkan bahan ilmiah Arab dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan penulisan akademik. Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada penggunaan alat pengurusan rujukan yang dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sitasi serta memperkukuh peranan pustakawan dalam menyediakan perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada warga akademik. Penganjuran TOT Librarians Series 4 ini mencerminkan komitmen berterusan Perpustakaan USIM dalam memperkasa kompetensi profesional pustakawan melalui pembangunan kemahiran baharu yang relevan dengan keperluan penyelidikan semasa. Inisiatif ini turut menyokong usaha Perpustakaan USIM dalam memastikan perkhidmatan sokongan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan terus diperkasakan selaras dengan aspirasi kecemerlangan akademik Universiti Sains IslamMalaysia. PERPUSTAKAAN USIM PERKUKUH KOMPETENSI PUSTAKAWAN MELALUI TOT PENGURUSAN SITASI RUJUKAN BAHASAARAB ZOTERO 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=