e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

semangat kerjasama, komunikasi serta ekspresi kendiri dalam kalangan pelajar. Program ini turut memberi pendedahan kepada para peserta bahawa perpustakaan bukan sekadar ruang untuk membaca dan mendapatkan maklumat, malah merupakan persekitaran pembelajaran yang dinamik serta menyokong perkembangan akademik, kreativiti dan pembangunan diri. Melalui inisiatif seperti USR Clay Art, Perpustakaan USIM terus memperluas peranan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial universiti dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif dan berilmu. USR CLAY ART PERPUSTAKAAN USIM CUNGKIL KREATIVITI PELAJAR SEKOLAHKEBANGSAANASSAMJAWA USIM, 7 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan komitmen dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti menerusi penganjuran Program USR Clay Art dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Assam Jawa yang berlangsung di Ruknu Arabi, Perpustakaan USIM. Program ini melibatkan seramai 38 peserta terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Penganjuran aktiviti berasaskan seni ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang kreatif, santai dan bermakna kepada para pelajar dalam persekitaran perpustakaan universiti. Sesi aktiviti dikendalikan oleh Pasukan Kelas Clay Art Perpustakaan USIM yang membimbing para peserta menerusi aktiviti seni tanah liat secara interaktif. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja merangsang kreativiti dan daya imaginasi, malah menggalakkan 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=