e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
Studio Shodwe berkaitan aplikasi sains dalam kehidupan seharian. Program ini menampilkan Dr. Fadzidah Mohd Idris, Pensyarah Kolej PERMATA Insan, USIM sebagai tetamu undangan yang berkongsi pengetahuan berkaitan konsep gelombang elektromagnet, penggunaannya dalam teknologi moden serta penjelasan terhadap pelbagai persepsi dan salah faham yang sering dikaitkan dengan fenomena tersebut. Sesi perkongsian yang dikendalikan oleh Muhammad Nil Yafiq Mohd Yusof, Alumni Kolej PERMATA Insan dan Pelajar Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi (FST), USIM, memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan sains dalam menjelaskan isu berkaitan teknologi yang semakin berkembang dalam kehidupan masa kini. Penganjuran KPI Library Talk mencerminkan komitmen Perpustakaan USIM dalam menyediakan ruang pembelajaran sepanjang hayat serta memperluas akses kepada ilmu melalui program pengayaan akademik yang memberi manfaat kepada komuniti universiti. KPI LIBRARY TALK 2026 TEROKA SAINS GELOMBANG ELEKTROMAGNET DALAM KEHIDUPAN MODEN PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA NILAI, 7 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan pendidikan daripada Sekolah Kebangsaan Assam Jawa sebagai usaha memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran perpustakaan universiti serta kemudahan pembelajaran yang tersedia. Delegasi yang diketuai oleh Guru Besar, Nor Farehan Ahmad Fuad melibatkan seramai 38 peserta terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Sepanjang lawatan berlangsung, para peserta diperkenalkan dengan pelbagai perkhidmatan, koleksi, ruang pembelajaran serta sumber digital yang disediakan oleh Perpustakaan USIM. Perpustakaan USIM amat menghargai kunjungan pendidikan seumpama ini yang menyokong usaha libat urus bersama komuniti sekolah serta menyumbang kepada pembentukan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan cintakan pembelajaran. 14 NILAI, 5 Mei 2026 – Perpustakaan Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan KPI Library Talk 2026 Musim 2/Siri 1 yang mengetengahkan topik “Gelombang Elektromagnet Dalam Kehidupan Moden: Fakta, Mitos & Peranan Sains” sebagai platform perkongsian ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=