e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
NILAI, 12 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan pendidikan daripada SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail yang memberi peluang kepada para pelajar dan guru untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan, perkhidmatan serta inisiatif pembelajaran yang disediakan oleh perpustakaan. Sepanjang lawatan berlangsung, para peserta berpeluang meneroka pelbagai kemudahan Perpustakaan USIM termasuk ruang pembelajaran, perkhidmatan pengguna serta sumber maklumat yang menyokong aktiviti pembelajaran dan pembangunan ilmu. Kunjungan ini turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peranan perpustakaan akademik sebagai pusat ilmu yang menyokong budaya membaca, perkongsian pengetahuan serta pembelajaran sepanjang hayat. Perpustakaan USIM berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar dan guru untuk terus memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan serta menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Perpustakaan USIM merakamkan penghargaan atas kunjungan yang diberikan dan berharap hubungan baik bersama institusi pendidikan ini dapat diteruskan melalui pelbagai program libat urus ilmu pada masa akan datang. Studio Shodwe PERPUSTAKAAN USIM TERIMA KUNJUNGAN PENDIDIKAN SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL 16
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=