e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

PERPUSTAKAAN USIM TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN AL-SALAM INTERNATIONAL FOUNDATION, MESIR USIM, 4 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Al-Salam International Foundation bagi lawatan penandaarasan yang bertujuan memperkukuh kerjasama akademik, perkongsian ilmu serta jaringan antarabangsa antara kedua-dua pihak. Delegasi yang diketuai oleh Mohamed El-Orabi terdiri daripada tokoh akademik, media, pentadbiran dan institusi penyelidikan dari Mesir, antaranya Reda Abdel Salam, Abdel Radi Redwan, Tamer El-Ghazawy, Magdy Tantawy, Khaled El-Awami, Abu Al-Fadl Al-Athnawi dan Mohamed El- Shentnawy. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pustakawan USIM bersama Ketua Jabatan Perpustakaan, Dr. Mohd Helmi Masor @ Mansor, serta barisan pustakawan Perpustakaan USIM. Sesi pertemuan ini menjadi platform pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan perpustakaan, perkhidmatan sokongan penyelidikan, sumber akademik serta inisiatif memperluas penyebaran ilmu dalam ekosistem pendidikan tinggi. Selain perkongsian berkaitan operasi dan perkhidmatan perpustakaan, pertemuan ini turut menonjolkan peranan perpustakaan sebagai pusat perkembangan intelektual, penghubung jaringan keilmuan serta medium memperkukuh persefahaman budaya antara institusi di peringkat global. Perpustakaan USIM sentiasa menghargai jaringan antarabangsa seperti ini sebagai usaha memperluas kerjasama strategik, memperkaya perkongsian kepakaran serta membuka peluang kolaborasi akademik dan profesional pada masa hadapan. 13

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=