e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
didedahkan kepada pelbagai strategi mengenal pasti sumber ilmiah yang berautoriti, kaedah mengoptimumkan penggunaan pangkalan data akademik serta teknik pencarian maklumat yang lebih berkesan bagi menyokong perkhidmatan penyelidikan dan rujukan kepadawarga akademik. Program ini turut menjadi platform pengukuhan kompetensi pustakawan dalam mempertingkatkan keupayaan sebagai rakan strategik penyelidik, khususnya dalam menyediakan sokongan maklumat yang relevan dan bernilai tinggi. Penganjuran TOT Librarians ini mencerminkan komitmen berterusan PERPUSTAKAAN USIMPERKASA KEMAHIRAN PUSTAKAWANMELALUI TOT LITERASI PENYELIDIKAN Perpustakaan USIM dalam memperkasa kemahiran profesional pustakawan agar sentiasa bersedia menghadapi perubahan dalam landskap penyelidikan, komunikasi ilmiah dan keperluan pengguna akademik yang semakin dinamik. 12 USIM, 4 Mei 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Training of Trainers (TOT) Librarians Series 3: Literature Search for Literature Review yang melibatkan penyertaan pustakawan PerpustakaanUSIM. Program ini disampaikan oleh Dr. Mohamad Salbihan Salman yang berkongsi pengetahuan serta pendekatan praktikal berkaitan kaedah melaksanakan pencarian literatur yang berkesan dan sistematik bagi menyokong penghasilan sorotan literatur berkualiti dalam penyelidikan akademik. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=