e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026
USIM, 28 April 2026 – Program Bicara Medik Edisi Khas Haji telah berjaya dianjurkan sebagai sebahagian daripada musim keempat program tersebut dengan menampilkan Profesor Madya Dr. Mohd Dzulkahiri bin Mohd Rani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM sebagai panel jemputan. Sesi perkongsian memberi fokus kepada aspek penjagaan kesihatan bakal jemaah haji, termasuk persediaan fizikal, pengurusan kesihatan sepanjang ibadah serta langkah-langkah penting bagi memastikan pengalaman menunaikan haji yang lebih selamat dan bersedia. Program ini turut diperkaya menerusi segmen interaktif bersama Encik Zuladhha, seorang jemaah haji yang berada di Mekah, yang berkongsi pengalaman serta mengemukakan persoalan berkaitan persediaan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci. Sambutan menggalakkan daripada penonton menerusi siaran langsung USIMTV membuktikan kepentingan perkongsian kesihatan berkaitan ibadah haji kepada masyarakat. Penganjuran Bicara Medik ini memperlihatkan komitmen Perpustakaan USIM dalam menyediakan platform penyebaran ilmu yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya melalui perkongsian berkaitan kesihatan, kesejahteraan dan persediaan menghadapi ibadah. BICARA MEDIK EDISI KHAS HAJI KONGSI PANDUAN KESIHATANBAKAL JEMAAHHAJI 11
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=