e-BULETIN IQRA' APRIL-JUN 2026

USIM, 25 April 2026 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranan dalam memperluas akses kepada ilmu menerusi Program Sumbangan Buku kepada SMUA Ismailiah, Kelantan. Sumbangan berbentuk bahan bacaan bernilai kira-kira RM800 ini melibatkan koleksi terpilih yang disalurkan bagi menyokong pembangunan sumber rujukan perpustakaan sekolah serta memenuhi keperluan pembelajaran para pelajar. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Perpustakaan USIM dalam memupuk budaya membaca, memperluas capaian bahan ilmu serta menyokong pembangunan pendidikan dalam kalangan generasi muda. Melalui sumbangan ini, bahan bacaan yang disediakan diharap dapat merangsang minat membaca, meningkatkan pengetahuan serta menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Usaha ini mencerminkan peranan Perpustakaan USIM sebagai rakan strategik komuniti dalam menyokong pembangunan pendidikan dan memperkukuh hubungan jaringan ilmu di peringkat kebangsaan. Studio Shodwe PERPUSTAKAAN USIM PERKASA AKSES ILMU MELALUI SUMBANGAN BUKU KEPADA SMUA ISMAILIAH, KELANTAN 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=