KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
2 2.2 MAPAN DALAM MENGHADAPI ARUS PENDIDIKAN PERDANA PADA PERINGKAT GLOBAL Universiti bertekad untuk menghadapi arus pendidikan perdana pada peringkat global dengan strategi-strategi yang berteraskan kesepaduan antara ilmu naqli dan aqli. Usaha memperkukuhkan program-program pengajian sedia ada di samping program-program baharu yang relevan dengan keperluan semasa akan terus diberikan perhatian serius oleh Pengurusan Universiti. 2.3 MELETAKKAN UNIVERSITI SEBAGAI YANG TERBAIK DALAM DISIPLIN ILMUNYA Usaha menjadikan Universiti sebagai institusi ilmu yang ulung dalam bidangnya menjadi matlamat utama dalam perancangan halatuju masa depan Universiti. Sesebuah universiti yang terkenal dalam disiplin ilmunya mampu membentuk citra akademik tersendiri. Universiti berhasrat untuk mempunyai ceruk ( niche ) yang istimewa melalui gabungan ilmu- ilmu naqli dan aqli. Langkah ini akan menjadikan program-program pengajian di Universiti dibentuk melalui falsafah pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat. 2.4 MENJADIKAN TADBIR URUS BERINTEGRITI SEBAGAI BUDAYA KERJA DAN KOMITMEN BERTERUSAN Seiring dengan keperluan untuk kekal berdaya saing, Universiti perlu terus memperkukuh sistem pengurusan yang berteraskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta pihak berkepentingan. Bagi merealisasikan hasrat ini, penerapan nilai-nilai murni yang membentuk budaya kerja positif serta pematuhan kepada prinsip etika yang tinggi hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh oleh semua staf. 2.5 MENYEDIAKAN FASILITI YANG BERKUALITI DAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT DAN KONDUSIF Pihak Pengurusan Universiti memberi penekanan kepada pentingnya menyediakan fasiliti yang berkualiti dan mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada semua warga dan pelanggannya. Ini penting bagi memastikan mutu perkhidmatan yang bakal diberikan adalah yang terbaik, berkualiti dan menggunakan teknologi terkini. 3.1 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI MATLAMAT SERTA OBJEKTIF UNIVERSITI Kefahaman mengenai matlamat dan objektif Universiti adalah penting untuk menjadi warga kerja yang dapat menyumbang dan memberi manfaat. Matlamat dan objektif yang ditetapkan akan mudah dicapai melalui sikap yang ikhlas kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kefahaman terhadap visi, misi dan hala tuju Universiti menjadiakn staf lebih komited dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan. 3. HARAPAN UNIVERSITI TERHADAP STAF
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=