KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

1 Moto Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa Falsafah Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu. Visi Institusi pendidikan tinggi Sains Islam Ulung. Misi Menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat. Definisi Sains Islam Ilmu yang berpaksikan Epistemologi Tauhidik demi manfaat sejagat. Objektif i. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara. ii. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan. iii. Melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi menerajui pembangunan negara. iv. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini. v. Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. 2.1 SENTIASA RELEVAN DENGAN KEPERLUAN SEMASA Universiti berhasrat untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Ilmu yang relevan dengan keperluan masyarakat sama ada peringkat tempatan mahu pun global. Matlamat Universiti pada masa ini bukan sekadar bersifat tradisional iaitu hanya mengeluarkan graduan saban tahun tetapi menjadi institusi pengajian tinggi yang menyumbang kepada pembinaan tamadun dan sahsiah mulia generasi pewarisnya. 1. PROFIL KORPORAT 2. HASRAT UNIVERSITI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=