KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

14 (i) amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau (ii) nilai keseluruhan aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah itu diwujudkan, berjumlah, pada bila-bila masa, tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada keseluruhan nilai aset amanah itu. 7.2.10 PENGARUH LUAR – Semua staf tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap Universiti, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain Universiti. Tuntutan yang dimaksudkan meliputi sokongan daripada mana-mana pihak yang berpengaruh bagi urusan kenaikan pangkat, urusan pertukaran tempat bertugas, permohonan biasiswa atau lain-lain urusan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan Universiti. 7.2.11 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS – Semua staf dikehendaki memastikan dirinya tidak berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sehingga memburukkan nama baik Universiti. 7.2.12 TAJAAN LUAR – Semua staf hendaklah memastikan tajaan yang diterima daripada pihak luar sama ada berbentuk hubungan profesional atau tidak, yang diberikan untuk menjayakan program di jabatan atau bagi menghadiri seminar/bengkel/persidangan, perlu melalui dan mendapatkan kelulusan daripada Naib Canselor dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 7.2.13 MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA – Semua staf perlu mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa berkaitan kehadiran dan keberadaan di pejabat. 7.2.14 PEMALSUAN DOKUMEN - Perbuatan mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu merupakan satu kesalahan jenayah. Pemalsuan dokumen merangkumi sijil cuti sakit, resit palsu, slip gaji dan lain-lain dokumen rasmi Universiti. Menyalahgunakan kepala surat jabatan untuk tujuan peribadi dan memalsukan butiran di dalam surat berkenaan juga merupakan kesalahan jenayah. 7.2.15 PEMATUHAN KEPADA PROSEDUR KEWANGAN – Semua staf perlu mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang sedang berkuat kuasa. Sebarang keputusan berkaitan kewangan yang dibuat hendaklah demi kepentingan Universiti dan tiada konflik kepentingan. 7.2.16 PENYEBARAN MAKLUMAT YANG TIDAK DAPAT DITENTUKAN KESAHIHANNYA - Fitnah didefinasikan sebagai perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci, dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion, dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang (Akta Fitnah 1957). Universiti berhak mengambil tindakan terhadap sebarang bentuk penyebaran maklumat yang tidak benar atau fitnah yang dilemparkan serta sebarang bentuk informasi yang mencemar imej atau nama Universiti, staf dan pelajar (Garis Panduan Media Sosial dan Aplikasi Permesejan Atas Talian USIM, 2020).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=