KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

15 7.3 PELAKSANAAN TUGAS AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN 7.3.1 URUSAN AKADEMIK – Staf akademik perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab akademik yang diamanahkan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan (Beban Tugas Amanah) termasuk agihan mengikut empat kategori tugas iaitu (i) pengajaran, (ii) penyeliaan, (iii) penyelidikan, penerbitan dan perundingan serta (iv) perkhidmatan dan pentadbiran. 7.3.2 URUSAN PENYELIDIKAN - Penyelidikan beretika perlu diamalkan untuk menghasilkan penyelidikan yang asli dan berkualiti. Penyelidikan perlu berpandukan kepada budaya penyelidikan yang baik dengan menjalankan penyelidikan secara jujur dan berintegriti, menghormati subjek penyelidikan (manusia, haiwan dan persekitaran) yang digunakan, menggunakan dana secara berhemah dan mengiktiraf peranan dan sumbangan semua pihak yang terlibat dalam penyelidikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=