KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

13 ii. berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun; iii. berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: a. dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau b. dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedahnya sendiri. 7.2.9 SUAPAN – Semua staf hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat dengan sebarang perbuatan suapan. i. Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) memperuntukkan kesalahan ke atas mana-mana pegawai awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan atau menjanjikan apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya, saudaranya atau sekutunya. ii. Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) memperincikan tafsiran saudara seperti berikut: iii. Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) memperincikan tafsiran sekutu sebagaimana berikut: a. mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja orang itu; b. mana-mana orang yang menguruskan hal ehwal orang itu; c. mana-mana organisasi yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pekongsinya, atau orang yang bertanggungjawab bagi atau mengawal, atau yang mempunyai kepentingan mengawal dalam, perniagaannya atau hal ehwalnya; d. mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pengarahnya atau bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang dalamnya orang itu, bersendirian atau bersama dengan mana-mana penamanya, mempunyai kepentingan mengawal, atau syer yang nilainya berjumlah tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan perbadanan itu; atau e. pemegang amanah mana-mana amanah, jika - a. Isteri atau suami orang itu; b. adik atau abang atau kakak orang itu; c. adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu; d. orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah orang itu; e. orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami orang itu; f. orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perkara (b); g. bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu; dan h. menantu orang itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=