KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
12 7.2 PEMATUHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 7.2.1 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG – Semua staf hendaklah mematuhi undang- undang, peraturan, polisi serta pekeliling yang ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh Universiti sebagaimana yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] serta undang-undang lain yang terpakai di Malaysia. Pelanggaran mana-mana peraturan, polisi serta pekeliling oleh staf Universiti, membolehkan pihak Universiti mengambil tindakan tatatertib ke atasnya berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. 7.2.2 JENAYAH – Semua staf hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat dengan jenayah yang akan mencemar nama baik Universiti seperti terlibat dengan dadah, mencuri dan kesalahan-kesalahan berkaitan rasuah. 7.2.3 PERNYATAAN AWAM – Semua staf dilarang dan ditegah membuat apa-apa pernyataan awam atau ulasan termasuk dengan menggunakan media sosial yang boleh memudaratkan, menyatakan perkara-perkara atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai SULIT atau memalukan atau memburukkan nama baik dan reputasi Kerajaan/Universiti/individu lain. Mana-mana staf yang melanggar peruntukan ini boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan undang-undang, akta dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 7.2.4 PENGLIBATAN DALAM POLITIK – Semua staf daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional hendaklah memastikan diri masing-masing tidak bergiat secara aktif dalam bidang politik di antara lainnya yang menuntut mereka untuk bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. Staf Kumpulan Pelaksana boleh terlibat dengan politik selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Pengarah Universiti. 7.2.5 GANGGUAN SEKSUAL/HUBUNGAN TERLARANG - Gangguan seksual merupakan apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Semua staf perlu menjaga batasan dan tatasusila sepanjang masa dengan tidak mengadakan hubungan terlarang atau sebarang hubungan yang bersifat skandal atau tidak bermoral di tempat kerja sesama staf atau pelajar. 7.2.6 PERISYTIHARAN HARTA - Staf diwajibkan mengisytiharkan harta sekali dalam tempoh 5 tahun atau apabila diarahkan/dikehendaki oleh Universiti. 7.2.7 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH/KERAIAN - Staf dilarang daripada memberi atau menerima hadiah/keraian sekiranya berkaitan dengan tugas rasminya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud nilai hadiah itu diberikan. 7.2.8 KONFLIK KEPENTINGAN – Semua staf hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat dengan sebarang perbuatan yang membelakangkan kewajipannya kepada Universiti demi kepentingan peribadi. Bahagian II, Peraturan 3 (2) (a), (b) dan (c), Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) memperuntukkan seperti berikut: Seseorang pegawai tidak boleh: i. membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=