KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

11 (HO) HOUKOKU = LAPOR: Melaporkan hasil perbincangan atau mesyuarat yang dihadiri atau diwakili, kemajuan kerja, perubahan perancangan dan isu secara bersemuka atau bertulis kepada penyelia dan ketua pada kadar segera. (REN) RENRAKU = KONGSI: Mengongsi maklumat hasil perbincangan atau mesyuarat atau arahan daripada penyelia atau ketua dengan rakan sekerja sebelum memuktamadkan sesuatu keputusan atau memulakan sesuatu tindakan. (SO) SOUDAN = RUNDING: Merunding rakan sekerja, penyelia dan ketua untuk mengenal pasti kaedah terbaik dalam pelaksanaan sesuatu tugasan atau menyelesaikan sesuatu isu secara berkesan. Etika pelaksanaan tugas yang perlu dipatuhi oleh warga Universiti semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut: 7.1 KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT Setiap staf USIM hendaklah pada bila-bila masa memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keselamatan maklumat dan dokumen terperingkat selaras dengan Panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Garis Panduan Pengurusan Rekod Rahsia Rasmi USIM sebagaimana berikut: 7.1.1 Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail, maklumat dan dokumen Universiti, termasuk dokumen-dokumen rahsia rasmi secara sistematik; 7.1.2 Memastikan semua fail, maklumat dan dokumen Universiti, termasuk dokumen- dokumen rahsia rasmi sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan Keselamatan Kerajaan; 7.1.3 Tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya sesuatu maklumat atau dokumen rahsia rasmi; 7.1.4 Tidak mendedahkan apa-apa maklumat rahsia rasmi dengan apa cara sekalipun kepada mana-mana orang yang tidak berhak memperolehinya sama ada semasa atau selepas berkhidmat dengan Universiti ini; 7.1.5 Tidak membuat salinan atau menggunakan mana-mana dokumen rahsia rasmi dengan apa cara jua pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan; dan 7.1.6 Mana-mana staf Universiti yang akan bersara dikehendaki menyerahkan semua dokumen rahsia rasmi yang ada padanya kepada Ketua Jabatan selaras dengan kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian. 7. ETIKA PELAKSANAAN TUGAS

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=