KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
10 Ayat ini menggariskan tiga prinsip utama iaitu asal-usul yang sama dikalangan seluruh manusia iaitu berasal daripada satu sumber, hubungan yang saling memerlukan kerjasama dan jaringan hubungan, serta tanggungjawab memelihara hubungan silaturahim. Menjadi tuntutan ke atas setiap kakitangan Universiti untuk mewujudkan kesatuan warga kerana walaupun berbeza peranan, pangkat, dan kepakaran, semua warga universiti berkongsi tujuan dan amanah institusi yang sama . Muafakat ialah asas kestabilan, keharmonian, dan kecemerlangan sesebuah universiti. Sabda Rasulullah SAW: ه َ ِ حِ َ ر ْ ل ِ ص َ ي ْ ل َ ، ف ِ ه ِ ر َ ث َ أ ِ هح فِ َ ل َ أ َ س ْ ي ح ن َ ، و ِ ه ِ ق ْ ز ِ ر ِ هح فِ َ ل َ ط َ س ْ ي ح ب ْ ن َ أ َّ ب َ ح َ أ ْ ن َ م ʺ Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim ʺ . (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim) Sifat muafakat mencerminkan wujudnya kerjasama dan semangat berpasukan dalam sebuah organisasi. Sifat muafakat dan kerjasama ini penting dalam organisasi serta menyumbang kepada persefahaman antara staf dan organisasi yang boleh memberi nilai tambah kepada organisasi. Segala masalah perlu diselesaikan secara muafakat kerana muafakat membawa berkat. Muafakat yang ingin dibina di USIM adalah yang berteraskan konsep syura. Sebagai salah satu usaha membugarkan kesedaran dalam kalangan staf untuk meningkatkan penghayatan dan pembudayaan nilai-nilai teras USIM Al-Qawiyy Al-Amin , amalan konsep “Ho - Ren- So” telah dicetuskan oleh YBhg. Naib Canselor yang berinspirasi daripada budaya kerja masyarakat Jepun. 6. NILAI KEMBANGAN USIM (BUDAYA KERJA HO-REN-SO KIZUNA )
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=