KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

9 ʺ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ʺ . Ayat ini mengandungi dua perintah utama iaitu menyerahkan amanah kepada ahlinya dan melaksanakan keputusan dan penilaian dengan adil . Amanah dalam ayat ini tidak terhad kepada harta, tetapi merangkumi jawatan, kuasa, ilmu, maklumat, masa, dan tanggungjawab membuat keputusan . Setiap amanah mesti diberikan dan dilaksanakan oleh mereka yang layak, berkeupayaan, dan berintegriti. Sabda Rasulullah SAW: له َ لمن لا عهد َ له، ولا دين َ لمن لا أمانة َ قال:لا إيمان ʺ Tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama bagi yang tidak memenuhi janji ʺ . (Hadis Riwayat Ahmad) Pernyataan “tidak sempurna keimanan” dan “tidak sempurna agama” tidak bermaksud iman terhapus, tetapi menunjukkan kecacatan serius dalam penghayatan iman . Amanah dan menepati janji ialah bukti zahir bahawa iman benar-benar hidup dalam diri seseorang. Apabila amanah diabaikan, iman wujud secara lafaz, tetapi lemah dalam amalan. Amanah bukan sekadar nilai peribadi, tetapi asas kepada kredibiliti, kepercayaan, dan kelestarian institusi universiti. MUAFAKAT Definisi Hubungan, tali persaudaraan dalam kekeluargaan dan persahabatan Keterangan Berusaha menjalin hubungan permuafakatan atau kerjasama erat sesama rakan sekerja yang mendorong kepada memudahkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab Firman Allah SWT dalam Surah al- Nisa’: 1 ʺ wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu ʺ .

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=