KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
8 ALAMIYYAH (GLOBAL) Definisi Mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat Keterangan memberi gambaran kesediaan USIM dan stafnya untuk meneroka pelbagai bidang di peringkat yang lebih jauh dan terkehadapan. Bersifat Alamiyyah (Global) merangkumi kemampuan multilingual (kepelbagaian bahasa), kebolehan multicultural (kepelbagaian budaya) dan bersifat sentiasa terkehadapan serta mampu menerajui perubahan Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat: 13 ʺ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahunanNya (akan keadaan dan amalan kamu) ʺ . Allah juga berfirman dalam Surah al-Rum: 22 ʺ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan ʺ . Ayat ini menegaskan kepelbagaian bahasa dan latar budaya sebagai tanda kebesaran Allah , bukan halangan, tetapi sumber kekuatan dan kemajuan kepada umat Islam. Alamiyyah juga boleh mengangkat konsep ta‘āruf iaitu interaksi aktif, keterbukaan, dan pembelajaran merentas sempadan, malah meletakkan nilai, kepimpinan dan kualiti insan sebagai asas keunggulan, bukan geografi atau identiti sempit. Perkara ini adalah selari dengan aspirasi USIM untuk melahirkan warga akademik yang multilingual, multicultural , dan terkehadapan dalam menerajui perubahan global. AMANAH Definisi Amanat sesuatu yang dipercayakan kepada orang, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang, boleh dipercayai, jujur Keterangan Menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan kepercayaan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas Firman Allah SWT dalam Surah al- Nisa’: 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=