KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

7 Bagi kakitangan Universiti, profesionalisme bukan sekadar standard kerja institusi, tetapi ibadah yang menuntut kejujuran, kesungguhan (Itqan) , dan kesedaran bahawa setiap usaha dinilai secara adil dan menyeluruh. EFISIEN Definisi Boleh, dapat, mampu, sanggup, berkebolehan melaksanakan sesuatu kerja dengan cepat dan sempurna Keterangan Memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu kerja Firman Allah SWT dalam Surah al-Tawbah: 105 ʺ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan ʺ . Setiap amalan kerja diperhatikan, dinilai, dan dipertanggungjawabkan oleh Allah . Kecekapan tidak diukur melalui kesibukan, tetapi melalui hasil yang jelas dan boleh dinilai. Setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan tujuan, perancangan, dan hasil yang nyata , bukan sekadar memenuhi rutin. Kesedaran bahawa kerja diperhatikan mendorong kakitangan bekerja secara teratur, tepat masa, dan berimpak . Oleh demikian, pembaziran masa, sumber, dan tenaga bercanggah dengan tuntutan ayat ini kerana setiap usaha akan diperhitungkan. Firman Allah dalam Surah al-Sharh: 7 ʺ kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh- sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) ʺ . Efisien meletakkan prinsip aliran kerja berterusan . Efisien bukan bermaksud bekerja tanpa henti, tetapi mengurus peralihan tugas dengan terancang dan berdisiplin. Nilai efisien, menurut Al- Quran, bukan sekadar keupayaan bekerja pantas, tetapi kebolehan mengurus amanah secara tersusun, berkesan dan berterusan dengan kesedaran penuh terhadap tanggungjawab. Nilai efisien bagi kakitangan Universiti merangkumi akauntabiliti kerja iaitu setiap tugas jelas objektif dan hasilnya. Selain itu, pengurusan masa dan sumber yang berhemah dan berimpak serta kesedaran penilaian dunia dan akhirat dalam setiap amanah kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=