KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM

6 PROFESIONAL Definisi Profesional berasaskan kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya Keterangan Profesionalisme adalah tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional tersebut Firman Allah SWT dalam Surah al-An`am: 135 ʺ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjayaʺ . Ayat ini menegaskan prinsip tanggungjawab berasaskan peranan . Setiap individu dinilai bukan pada perbandingan dengan orang lain, tetapi pada sejauh mana dia melaksanakan amanah sesuai dengan kedudukannya. Dalam konteks profesionalisme, setiap kakitangan dinilai berdasarkan skop tugas, kuasa, dan mandat jawatan masing-masing. Prestasi kerja bukan sekadar memenuhi arahan, tetapi menunjukkan kesungguhan, integriti, dan akauntabiliti. Kejayaan sebenar diukur melalui kesan jangka panjang , bukan pencapaian segera atau pengiktirafan luaran. Ini selari dengan prinsip profesional moden, bekerja dengan standard tinggi walaupun tanpa pengawasan langsung oleh Ketua Jabatan. Allah juga berfirman Allah SWT dalam Surah al- Isra’: 84 ʺ Katakanlah (wahai Muhammad): Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan Kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya ʺ . “Shākilah” merujuk kepada jati diri, nilai dalaman, dan cara berfikir seseorang. Ayat ini mengaitkan amalan luaran dengan kualiti dalaman. Dalam konteks profesionalisme ianya bukan sekadar pematuhan SOP, tetapi lahir daripada sikap dalaman seperti amanah, disiplin, dan kejujuran. Dua orang dengan jawatan sama boleh menunjukkan tahap profesionalisme yang berbeza, bergantung kepada nilai yang dihayati. Allah menilai proses, niat, dan konsistensi , bukan hanya hasil akhir. Sabda Rasulullah SAW: ه َ ن ِ ي ح تق ْ عملاا أن ْ أحدحكم َ ل ِ إذا عم ُّ ب ِ تعالى يُح َ الله َّ لام:إن ّ لاة والس ّ قال رسول الله عليه الص "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti ʺ . (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=