Buletin HEPA USIM 2026

Sorotan Kepimpinan dan Khidmat Masyarakat • Exco Pembangunan Akademik dan Intelektual, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM 2024/2025. • Tutor Akademik Rakan Sebaya Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. • Wakil tunggal Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bagi program latihan industri antarabangsa di UNISSA, Brunei Darussalam. • Penceramah jemputan dan fasilitator bengkel penyelidikan akademik di Brunei Darussalam. • Wakil USIM ke program Global Islamic Student Outreach (GISO) di Austria. • Ketua Projek Pengajaran Braille Arab untuk komuniti Islam di Austria. • Sukarelawan Program Pengukuhan Pendidikan Islam Kanak-kanak Autisme. • Sukarelawan Program Kembara Prihatin Orang Asli. • Fasilitator dan jawatankuasa pelaksana pelbagai program pembangunan mahasiswa dan komuniti. PENULISAN DAN PENYELIDIKAN Selain cemerlang sebagai mahasiswa dan pemimpin, Ahmad Jazmi turut aktif dalam dunia penulisan akademik serta penerbitan ilmiah. Beliau percaya bahawa ilmu yang diperoleh harus didokumentasikan dan disebarluaskan agar manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat yang lebih luas. Minat mendalam dalam bidang penyelidikan membolehkan beliau menghasilkan karya akademik yang menghubungkan disiplin pengajian Al-Quran dengan isu kontemporari seperti kecerdasan buatan (Arti cial Intelligence). Pada masa yang sama, beliau turut memainkan peranan penting sebagai editor dan penulis dalam beberapa penerbitan berimpak tinggi yang melibatkan pendidikan inklusif dan pengajian al-Quran. Sorotan Penulisan dan Penyelidikan • Penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik (Best Paper Award). • Artikel penyelidikan diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa. • Pembentang kertas kerja di persidangan antarabangsa di Brunei Darussalam dan Indonesia. • Ketua editor dan penulis bersama siri buku pendidikan Islam untuk kanak- kanak autisme. • Editor penerbitan khas Mushaf Qiraat Sepuluh sempena Jubli Intan Sultan Brunei Darussalam. • Terlibat dalam pembangunan modul dan bahan pendidikan Islam berasaskan inklusiviti. pengajaran Braille Arab kepada komuniti setempat. Bagi beliau, kepimpinan yang sebenar bukan hanya tentang memimpin organisasi, tetapi kemampuan untuk menyantuni dan memperkasakan masyarakat. 9 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=