Buletin HEPA USIM 2026

INTEGRASI ILMU, TONGGAK KEBITARAAN GRADUAN “Berbakti kepada agama dan negara adalahmatlamat sepanjang hayat saya. Saya berhasrat untuk terus meniti denai ilmu sehingga peringkat pascasiswazah, seterusnya menyumbang semula dalam medan akademik untuk memberi manfaat sepenuhnya. Semoga Allah SWT merahmati setiap langkah saya”. Beliau turut menegaskan bahawa cabaran dunia masa kini memerlukan generasi muda yang sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tanpa mengabaikan nilai dan prinsip yang menjadi teras kehidupan. “Cabaran alaf baharu membawa pelbagai isu kepada kita. Kita mesti bersiap siaga untuk adapt dan execute agar kekal kompeten dalam apa jua keadaan. Integrasi ilmu menjadi pelengkap diri seperti benteng kepada pedang, sekali gus mengimbangi kekuatan spiritual dan intelektual individu”. Kisah Ahmad Jazmi bin Samsuddin membuktikan bahawa ketabahan dalam menghadapi ujian, berpandukan nilai yang ditanam oleh keluarga serta disandarkan kepada kekuatan ilmu dan al-Quran, mampu melahirkan seorang graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu memberi manfaat kepada masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa. TRIVIA • Mahir dalam bidang tilawah al-Quran, pertukangan dan kerja kimpalan (welding). • Fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. • Mempunyai alahan terhadap makanan laut dan kucing. • Pernah mengalami kemalangan serius yang hampir menyebabkan tangan terputus. • Dikenali sebagai “Syeikh” dalam kalangan warga FPQS dan “Jazzy” dalam kalangan rakan-rakan MPP. • Pernah kehilangan komputer riba dan iPad semasa menyertai program GISO di Eropah. 10 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=