Buletin HEPA USIM 2026
PENCAPAIAN DAN ANUGERAH Kecemerlangan Ahmad Jazmi bukan hanya terhad kepada bilik kuliah, malah diterjemahkan melalui penyelidikan, inovasi dan pembentangan ilmiah di pentas antarabangsa. Minat beliau terhadap integrasi ilmu wahyu dan teknologi telah menghasilkan penyelidikan yang mendapat pengiktirafan sehingga berjaya meraih Anugerah Kertas Kerja Terbaik (Best Paper Award) di Brunei Darussalam. Beliau turut membuktikan bahawa pendidikan Islam mampu berkembang seiring teknologi apabila mengetuai projek inovasi berasaskan Virtual Reality (VR) yang membantu pembangunan pendidikan untuk kanak-kanak neurodivergen. Kejayaan demi kejayaan yang diraih sepanjang pengajian akhirnya melayakkan beliau menerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi kepada graduan cemerlang USIM. KEPIMPINAN DAN PENGLIBATAN DI UNIVERSITI Bagi Ahmad Jazmi, ilmu yang dipelajari perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai oleh masyarakat. Berlandaskan prinsip tersebut, beliau aktif dalam pelbagai program kepimpinan dan kesukarelawanan sepanjang tempoh pengajian. Sebagai Exco Pembangunan Akademik dan Intelektual Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2024/2025, beliau memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kebajikan akademik mahasiswa serta menjadi jambatan antara pelajar dan pihak pengurusan universiti. Kepimpinan beliau turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai satu-satunya wakil pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk menjalani latihan industri di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam. Semangat untuk berbakti kepada masyarakat pula diterjemahkan melalui penglibatan aktif dalam program pendidikan autisme, komuniti Orang Asli, programmobiliti antarabangsa di Austria serta projek Sorotan Pencapaian • Penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) USIM 2026. • Menamatkan pengajian dengan PNGK 3.89 dan Kepujian Kelas Pertama. • Penerima Anugerah Dekan bagi setiap semester pengajian. • Penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik (Best Paper Award) di persidangan antarabangsa di Brunei Darussalam. • Johan dan Pingat Emas menerusi projek inovasi pendidikan berasaskan Virtual Reality (VR). • Pembentang penyelidikan di persidangan antarabangsa di Brunei Darussalam dan Indonesia. 8 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=