Buletin HEPA USIM 2026
AHMAD JAZMI SAMSUDDIN Penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) GRADUAN TERBILANG BIOGRAFI Dilahirkan di Selangor dan dibesarkan sepenuhnya di Melaka, Ahmad Jazmi bin Samsuddin merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik lelaki. Menurut beliau, kedua-dua ibu bapanya telah mendidiknya dengan penuh kasih sayang dan ketegasan sehingga membentuk peribadi yang sentiasa melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk berkembang dan berjaya. Sebagai seorang huffaz lepasan Darul Quran JAKIM, beliau menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan dan akademik. Ahmad Jazmi percaya bahawa antara anugerah terbesar dalam hidupnya ialah didikan ibu bapa yang sentiasa mengajarnya untuk tidak melihat kesusahan sebagai beban, sebaliknya sebagai peluang untuk membina kekuatan dan kematangan diri. Justeru, apabila kedua-dua ibu bapanya kehilangan keupayaan untuk bekerja sejak tahun 2022, beliau memilih untuk berdepan realiti tersebut dengan penuh ketabahan. Berbekalkan nilai yang ditanam sejak kecil, beliau terus mengorak langkah mengejar kecemerlangan tanpa menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk membataskan impian. Hasil kesungguhan tersebut, beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan- Sunnah (Dengan Kepujian), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan PNGK 3.89 dan Kepujian Kelas Pertama, selain menerima Anugerah Dekan pada setiap semester pengajian. Keistimewaan beliau turut terserlah melalui penguasaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang membolehkannya berinteraksi serta berkongsi ilmu di peringkat antarabangsa. 7 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=