Buletin HEPA USIM 2026

PKU. Mahasiswa yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan lanjut akan dirujuk kepada PKU atau fasiliti kesihatan yang bersesuaian. Cadangan ini memperlihatkan usaha untuk mendekatkan sokongan kesihatan kepada mahasiswa melalui kerjasama antara PTj, di samping memastikan aspek keselamatan dan pengurusan ubat-ubatan diberikan keutamaan. Pelaksanaannya tertakluk pada kelulusan dan ketetapan operasi yang berkuat kuasa. Kesejahteraan sebagai Amanah dan Tanggungjawab Bersama. Keseluruhan inisiatif yang diketengahkan dalam Lensa HEPA 2026 memperlihatkan bahawa kesejahteraan warga universiti perlu dibangunkan melalui pendekatan yang menyeluruh. Kemudahan kediaman yang selamat, prasarana sukan yang lebih baik, pengangkutan yang teratur, sokongan makanan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan merupakan elemen yang saling melengkapi dalam membina persekitaran kampus yang kondusif. Usaha ini turut memperlihatkan kepentingan kerjasama antara PTj, rakan strategik dan seluruh warga universiti dalam memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberikan manfaat yang berterusan. Setiap kemudahan dan program bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, tetapi juga menjadi sebahagian daripada usaha membina komuniti universiti yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya tahan. HEPAUSIMakanterusberusahameletakkankebajikan dan kesejahteraan sebagai antara keutamaan dalam pelaksanaan amanah. Pendekatan yang berteraskan keprihatinan, dilaksanakan secara profesional dan berpandukan nilai kemanusiaan diharapkan dapat terus memperkukuh budaya prihatin dalam kalangan warga universiti. Sesungguhnya, kecemerlangan sesebuah universiti bukan hanya diukurmelalui pencapaian akademik dan reputasi institusi, tetapi juga melalui keupayaannya membina persekitaran yang membolehkan setiap warganya berasa selamat, dihargai dan mendapat sokongan sewajarnya. Kesejahteraan warga ialah nadi kecemerlangan universiti, manakala keprihatinan ialah amanah yang perlu digalas bersama. 6 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=