Buletin HEPA USIM 2026
mahasiswa. Bagi fasa pertama, kemudahan ini telah disediakan di Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Penambahbaikan ruang serta penyediaan peralatan asas dapur merupakan antara usaha menyediakan kemudahan yang boleh dimanfaatkan bagi membantu memenuhi keperluan makanan mahasiswa. Dalam masa yang sama, Foodbank di bawah Pusat Wakaf dan Zakat yang mainkan peranan penting dengan menyediakan sokongan barangan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan mahasiswa, khususnya mereka yang berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan harian. Usaha ini turut dilengkapi Program Agihan Makanan Percuma bagi Mahasiswa melalui Tabung Food for Needy yang dilaksanakan oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM. Program ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan bantuan makanan, di samping memperkukuh budaya saling membantu dan menyantuni golongan yang memerlukan dalam komuniti universiti. Memperluas Akses Kesihatan melalui Perkhidmatan Farmasi Satelit Kesihatan merupakan sebahagian daripada kesejahteraan yang perlu diberikan perhatian secara berterusan. Akses kepada rawatan dan ubat-ubatan asas yang sesuai amat penting, khususnya bagi mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman dan mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan ubat pada waktu malam atau di luar waktu operasi biasa. Sehubungan itu, cadangan penubuhan Perkhidmatan Farmasi Satelit di Kolej Kediaman USIM merupakan antara langkah yang dirancang untuk memperluas akses kepada bantuan kesihatan asas. Inisiatif ini dicadangkan melalui kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) USIM bagi memudahkan mahasiswa mendapatkan bantuan awal untuk masalah kesihatan ringan. Pelaksanaan perkhidmatan ini dicadangkan menggunakan pendekatan oor stock, iaitu penyediaan stok ubat-ubatan terpilih di lokasi yang ditetapkan, tertakluk pada prosedur penyimpanan, pelabelan, rekod, pemantauan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak farmasi PKU. Dalam pelaksanaan yang dicadangkan, felo kolej kediaman yang terlibat akan diberikan latihan dan panduan berkaitan pengendalian perkhidmatan, manakala pemantauan bekalan serta tatacara pengurusan ubat-ubatan akan diselaraskan oleh pihak Ketiga-tiga inisiatif ini mempunyai pendekatan tersendiri tetapi berkongsi matlamat yang sama, iaitu memastikan kebajikan makanan mahasiswa terus terbela. Melalui penyediaan kemudahan Dapur Siswa, bantuan barangan makanan melalui Foodbank dan agihan makanan percuma melalui Tabung Food for Needy, USIM berusaha memastikan mahasiswa tidak tercicir daripada mendapat keperluan asas hanya kerana kekangan kewangan. Bagi USIM, memastikan mahasiswa tidak kelaparan bukan sekadar soal menyediakan makanan, tetapi soal menjaga kebajikan, maruah dan peluang mereka untuk terus menuntut ilmu. Tiada mahasiswa seharusnya perlu memilih antara memenuhi keperluan makanan dengan meneruskan pengajian. Justeru, usaha ini akan terus menjadi sebahagian daripada komitmen universiti dalam membina persekitaran pembelajaran yang prihatin, menyokong dan lebih sejahtera. 5 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=