Buletin HEPA USIM 2026

Antara perancangan yang diberi tumpuan ialah kerja-kerja penambahbaikan Kompleks Sukan Tunku Najihah dengan anggaran kos sebanyak RM9 juta . Cadangan skop penambahbaikan merangkumi pembinaan trek sintetik, pemasangan pagar keselamatan jenis anti-panjat (anti-climb fence), penyediaan peralatan sukan, kerja sistem saliran bawah tanah stadium serta penambahbaikan gelanggang sukan luar. Selain itu, aspek sokongan seperti ruang pejabat, kemudahan berkaitan, kerja mengecat dan kalis air stadium, tempat duduk penonton, stor serta peralatan gimnasium turut diberikan perhatian mengikut skop perancangan. Inisiatif ini melibatkan peranan Pusat Sukan USIM dalam memperkukuh kemudahan sukan universiti. Prasarana yang lebih baik diharapkan dapat menggalakkan penyertaan warga kampus dalam aktiviti rekreasi dan sukan, di samping menyokong pembangunan bakat atlet serta pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat. Bas Wakaf Memperkasa Mobiliti Warga Kampus Kemudahan pengangkutan yang teratur merupakan komponen penting dalam memastikan urusan harian mahasiswa berjalan dengan lancar. Bagi mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman dalam dan luar kampus, perkhidmatan bas memainkan peranan besar dalam menghubungkan mereka dengan kemudahan akademik dan perkhidmatan universiti. Sehubungan itu, penyediaan Bas Wakaf bernilai RM968,760 merupakan antara usaha untuk memperkukuh kemudahan mobiliti mahasiswa. Inisiatif ini memberi manfaat kepada kira-kira 4,500 mahasiswa yang bergantung pada kemudahan bas bagi urusan perjalanan harian antara kediaman dengan kawasan kampus. Bas tersebut dilengkapi ciri-ciri yang menyokong keselamatan dan pemantauan perjalanan, termasuk sistem penentu kedudukan global (GPS) dan kamera litar tertutup (CCTV). Aspek keselamatan turut diperkukuh melalui latihan pemandu bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih teratur. Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan peranan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dalam memperkasa kebajikan melalui pendekatan wakaf. Kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji, ASNB Wakalah Sdn. Bhd. dan Dana Wakaf Al-Abrar USIM turut memperlihatkan potensi jaringan strategik dalam menyokong penyediaan kemudahan yang memberi manfaat berterusan kepada warga universiti. Bas Wakaf bukan sekadar kemudahan pengangkutan, malah menjadi manifestasi usaha memanfaatkan instrumen wakaf bagi menyokong keperluan pendidikan dan kesejahteraan mahasiswa. Dapur Siswa, Foodbank dan Agihan Makanan Percuma: Memastikan Tiada Mahasiswa Kelaparan Tiada mahasiswa seharusnya terpaksa menahan lapar kerana kekangan kewangan . Menyedari bahawa keperluan makanan merupakan antara asas penting dalam kehidupan dan pembelajaran, USIM terus memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan bagi membantu mahasiswa mendapatkan makanan serta mengurangkan beban kos sara hidup. Usaha ini mencerminkan keprihatinan universiti agar mahasiswa dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang tanpa mengabaikan keperluan asas mereka. Dapur Siswa , melalui kerjasama Pusat Perumahan Pelajar(PRUPEL)dan PusatIslamUSIM ,menyediakan kemudahan yang menyokong keperluan makanan 4 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=