Buletin HEPA USIM 2026

LENSA HEPA 2026 KESEJAHTERAAN WARGA, NADI KECEMERLANGAN UNIVERSITI Kesejahteraan warga universiti merupakan antara asas penting dalam membina persekitaran kampus yangkondusif, selamat dansejahtera. Universiti bukan sekadar tempat menimba ilmu, malah merupakan ruang untuk membentuk sahsiah, membina kepimpinan, mengukuhkan nilai kemanusiaan dan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, zikal dan spiritual. Seiring dengan hasrat tersebut, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat kepada warga universiti, khususnya dalam aspek kebajikan mahasiswa, kemudahan kediaman, kesihatan, mobiliti, sukan dan kesejahteraan hidup di kampus. Pendekatan ini berpaksikan falsafah H.E.P.A., iaitu Hati, Empati, Profesional dan Allah SWT , yang menjadi panduan dalam melaksanakan amanah dengan penuh keprihatinan, tanggungjawab dan integriti. Melalui pendekatan yang menyeluruh, setiap inisiatif bukan sekadar menyediakan kemudahan, tetapi turut mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warganya sentiasa diberikan perhatian. MEMPERKUKUH KESELESAAN DAN KESELAMATAN KEDIAMAN Kemudahan kediaman yang selesa dan selamat merupakan antara keperluan asas dalam menyokong kehidupan serta pencapaian akademik mahasiswa. Sehubungan itu, usaha menaik taraf kemudahan kolej kediaman USIM terus diberikan perhatian melalui perancangan dan pelaksanaan projek penambahbaikan infrastruktur. Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026, sejumlah RM16.44 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja berkaitan naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan kediaman. Skop kerja merangkumi penambahbaikan pendawaian elektrik, dinding dan lantai, tandas, bumbung, pagar keselamatan, kawasan pembuangan sampah, jalan, pintu rintangan api, tangki air serta kemudahan perabot dan tilam. Pelaksanaan projek-projek ini melibatkan kerja mengikut skop dan status masing-masing, termasuk projek yang telah disiapkan serta yang masih dalam pelaksanaan. Usaha berterusan ini penting bagi memastikan kemudahan kediaman sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai dengan keperluan semasa mahasiswa. Persekitaran kediaman yang terurus bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah membantu membina suasana kehidupan kampus yang lebih positif, sekali gus menyokong kesejahteraan zikal dan emosi mahasiswa sepanjang tempoh pengajian. KEMUDAHAN SUKAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT Kesejahteraan warga universiti turut berkait rapat dengan amalan gaya hidup sihat dan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti zikal. Menyedari kepentingan tersebut, usahamenaik taraf kemudahan sukan USIM terus diberi perhatian bagi menyediakan prasarana yang lebih selamat, selesa dan berfungsi. 3 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=