Buletin HEPA USIM 2026

MENU KASIH SISWA RINGANKAN BEBAN, JAMIN KEBAJIKAN MAHASISWA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dengan kerjasama semua Fakulti, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) dan Jabatan Bendahari terus memperkasa kebajikan mahasiswa melalui inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), iaitu Menu Kasih Siswa, yang menyediakan pilihan makanan ruji berkhasiat pada harga siling, RM5.00 setiap hidangan. Inisiatif ini mensasarkan sehingga 1,000 hidangan sehari di lapan (8) buah kafeteria di USIM, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup pelajar serta memastikan akses kepada makanan yang seimbang dan berpatutan. Bermula 1 Julai 2026, kafeteria yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini ialah enam buah kafeteria di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Kolej Kediaman 1(KK1) dan Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), serta beberapa kios di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) dan Dataran Selera (Souq Tijari). Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan USIM dalam memastikan kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi membina ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif dan prihatin. 36 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=