Buletin HEPA USIM 2026
PELAKSANAAN FOODBANK DAPUR SISWA MADANI Foodbank Dapur Siswa MADANI merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan membantu mahasiswa mendapatkan barangan makanan asas bagi meringankan beban kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebanyak RM65,835.54 pada 10 Ogos 2026. Di USIM, inisiatif ini diselaraskan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sokongan fakulti, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Pusat Islam dan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL). Pelaksanaan Foodbank Dapur Siswa MADANI bertujuan untuk: i. Meringankan beban kos sara hidup mahasiswa, khususnya berkaitan keperluan makanan harian. ii. Menyediakan akses kepada barangan makanan asas bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan. iii. Memelihara kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa agar dapat memberikan tumpuan kepada pengajian. iv. Memupuk budaya keprihatinan, kesukarelawanan dan amalan saling membantu dalam kalangan warga universiti. Pelaksanaan Foodbank Dapur Siswa MADANI di USIM diselaraskan oleh PHEP dengan penglibatan MPP dalam pengurusan pengambilan barangan, pemantauan stok makanan serta penyebarluasan maklumat kepada mahasiswa. Kerjasama pelbagai pusat tanggungjawab turut membantu memperluas akses kepada kemudahan ini. Foodbank ini disediakan khusus kepada mahasiswa USIM yang memerlukan bantuan barangan makanan asas bagi menampung keperluan harian. Pelaksanaannya mengambil kira perbezaan latar belakang sosioekonomi mahasiswa serta keperluan kebajikan mereka. PHEP bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dan memantau pengurusan program, manakala MPP membantu menguruskan pengambilan barangan, memantau stok serta menyampaikan maklumat berkaitan Foodbank kepadamahasiswa. Fakulti, PWZ, Pusat Islam dan PRUPEL pula memberikan sokongan serta kerjasama mengikut fungsi dan bidang tanggungjawab masing-masing bagi memperkukuh penyampaian bantuan kebajikan kepada mahasiswa. Foodbank Dapur Siswa MADANI merupakan salah satu saluran sokongan kebajikan yang membantu mahasiswa menghadapi cabaran kos sara hidup, khususnya dalam memenuhi keperluan makanan 37 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=