Buletin HEPA USIM 2026

DAPUR SISWA MADANI@ USIM: Memperkasa Kebajikan Dan Kesejahteraan Mahasiswa NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh komitmen terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraanmahasiswamenerusi pelaksanaan Dapur Siswa MADANI, sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa, khususnya golongan yang memerlukan dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, USIM telah menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui dua fasa, iaitu Dana Fasa 1 berjumlah RM165,766.51 yang diterima pada 18 Mac 2026, manakala Dana Fasa 2 berjumlah RM236,011.32 yang diterima pada 1 September 2026. Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dan USIM dalam memastikan aspek kebajikan serta keterjaminan makanan mahasiswa sentiasa diberikan keutamaan. Pelaksanaan Dapur Siswa MADANI @ USIM diselaraskan oleh Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) selaku Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan inisiatif ini, dengan sokongan bersama Pusat Islam USIM. Pembangunan kemudahan ini dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan manfaatnya dapat diperluas kepada lebih ramai mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa Pertama telah bermula di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) yang mula beroperasi pada 13 Julai 2026. Inisiatif ini kemudiannya diperluas menerusi Fasa Kedua yangmelibatkan pembangunan Dapur Siswa MADANI di Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) dan Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), dengan kedua-dua dapur mula beroperasi pada 12 Oktober 2026. Sehingga kini, sebanyak tiga (3) buah Dapur Siswa MADANI telah beroperasi di USIM, sekali gus memperluas akses mahasiswa kepada kemudahan penyediaan makanan. Bagi meneruskan kesinambungan inisiatif ini, pembangunan sebuah lagi Dapur Siswa MADANI di Kolej Kediaman 1 turut dirancang bagi meningkatkan capaian dan manfaat kepada komuniti mahasiswa. Dapur Siswa MADANI @ USIM dibuka kepada semua mahasiswa USIM dengan memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan. Kemudahan ini menyediakan pelbagai bahan makanan asas seperti beras, telur, kicap serta bahan makanan basah dan kering yang munasabah. Selain itu, kemudahan dan peralatan memasak turut disediakan bagi membolehkan mahasiswa menyediakan makanan sendiri dalam persekitaran yang lebih selesa dan teratur. Penyediaan kemudahan ini bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan harian mahasiswa, malah menggalakkan amalan kesukarelawanan. Pelaksanaan inisiatif ini turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM sebagai usaha bersama dalam memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa. Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen PWZ dalam membantu golongan mahasiswa yang memerlukan, di samping menyokong usaha universiti memastikan kelangsungan inisiatif kebajikan yang memberikan manfaat secara langsung kepada komuniti kampus. Menariknya, pelaksanaan inisiatif ini turut diperkasakan melalui penglibatan Sekretariat Dapur Siswa (SDS) yang terdiri daripada mahasiswa USIM sendiri. Sekretariat ini memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan operasi harian dapur, penyelarasan penggunaan kemudahan serta pengurusan penyediaan makanan. Mereka juga telah mengikuti kursus asas pengendalian makanan bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan makanan sentiasa diberikan perhatian. Penglibatan mahasiswa sebagai sekretariat turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukarelawanan, kepimpinan, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab sosial. Secara tidak langsung, inisiatif ini bukan sahaja berperanan sebagai kemudahan kebajikan, malah menjadi medium pembentukan sahsiah mahasiswa yang prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan komuniti kampus. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Dapur Siswa MADANI @ USIM mencerminkan komitmen KPT dan USIM dalam memperkasakan agenda kebajikan mahasiswa menerusi penyelarasan oleh PRUPEL serta sokongan Pusat Islam dan PWZ USIM. Diharapkan inisiatif ini dapat terus membantu meringankan beban kos sara hidup, mengukuhkan budaya kesukarelawanan dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih prihatin, inklusif serta kondusif, selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara yang mengutamakan kesejahteraan mahasiswa. 35 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=