Buletin HEPA USIM 2026

mengutamakan kebajikan pelajar, memperkukuh perpaduan serta menjalin kerjasama dengan pihak universiti dalam merealisasikan aspirasi bersama. Semangat demokrasi ini perlu diteruskan melalui budaya dialog, keterbukaan terhadap perbezaan pandangan dan kesediaan mengutamakan kepentingan bersama. JPMPP USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas serta tahniah kepada seluruh mahasiswa atas komitmen dan penyertaan yang diberikan dalam menjayakan PMPP USIM 2026. Pencapaian ini turut menjadi bukti bahawa mahasiswa mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan penglibatan mereka dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar. Kejayaan PMPP USIM 2026 ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem kepimpinan mahasiswa yang lebih matang, inklusif dan berintegriti. Lebih daripada sekadar pencapaian dari segi peratusan keluar mengundi, rekod ini membawa harapan agar mandat yang diberikan oleh mahasiswa diterjemahkan melalui kepimpinan yang bertanggungjawab, berkesan dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan komuniti kampus. Justeru, PMPP merupakan platform penting dalam menyemai amalan demokrasi dalam persekitaran pendidikan tinggi. Selaras dengan semangat Undi18, mahasiswa yang layak mengundi bukan sahaja diberikan ruang untuk menentukan pilihan, malah memikul tanggungjawab untuk menggunakan hak tersebut secara matang dan bertanggungjawab. Kredibiliti Mahasiswa Terunggul. 34 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=