Buletin HEPA USIM 2026

PMPP USIM 2026 CATAT SEJARAH, 98.14% Mahasiswa Turun Mengundi NILAI, 28 OKTOBER 2026 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2026/2027 mencatat sejarah apabila merekodkan kadar keluar mengundi sebanyak 98.14%, sekali gus menjadi peratusan pengundian tertinggi sejak penubuhan universiti. Keseluruhan proses PMPP USIM 2026 telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) USIM selaras dengan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Komitmen jawatankuasa ini dalam memastikan kelancaran setiap peringkat proses pemilihan merupakan antara elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan demokrasi kampus. Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi mahasiswa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai warga kampus, selain memperlihatkan penglibatan aktif mereka dalam menentukan barisan perwakilan yang berupaya membawa suara mahasiswa serta memperjuangkan kepentingan bersama di peringkat universiti. Hari pengundian PMPP USIM 2026 telah berlangsung pada 27 Oktober 2026 (Selasa) secara dalam talian menerusi Sistem Pemilihan MPP myTASWIIT, yang sebelum ini dikenali sebagai eUNDI. Sistem ini membolehkan mahasiswa mengundi menggunakan pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, tablet dan komputer riba, sekali gus memberikan kemudahan akses kepada pengundi. Pelaksanaan pada tahun ini turut mengekalkan fungsi sedia ada dengan beberapa penambahbaikan bagi memperkemas proses pengundian serta meningkatkan kemudahan penggunaan sistem. Pembangunan sistem pengundian ini diterajui oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) dengan kerjasama antara Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC). Antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi PMPP 2026 ialah fungsi rekod log masuk yang membolehkan pelajar membuat sehingga lima (5) kali percubaan pengundian, berbanding tiga (3) kali percubaan menerusi sistem eUNDI pada tahun 2025. Simulasi sistem turut dilaksanakan semasa program taaruf mahasiswa bagi memastikan sistem dapat digunakan dengan lebih lancar sebelum hari pengundian sebenar. Seiring dengan kejayaan proses pengundian, barisan MPP yang dipilih turut memikul tanggungjawab besar untuk menggalas amanah mahasiswa, 33 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=