Buletin HEPA USIM 2026

langsung ialah program Astro iaitu rancangan Karoot Komedia X Bersama Sabri Yunus, Rasul Yang Kata Bersama dengan Ustaz Elyas Ismail rancangan dari televisyen tv9. Dengan Akademi Arjunasukma juga beliau turut berpeluang membuat persembahan di Guangzhou negara China pada tahun 2017 dan mencipta rekod bersama akademi berdikir barat di aras yang paling tinggi iaitu ketika kapal terbang sedang membelah awan. Tengku Helmy Farhan mula menceburi dalam dunia perniagaan semasa disekolah rendah lagi. Ibunda beliau akan memasak dan bungkus nasi lemak pada pagi sebelum ke sekolah, setiap hari membawa purata dalam dua puluh bungkus nasi lemak untuk dijual dan diletakkan dalam beg sekolah hinggalah ke darjah enam perkara itu berterusan. Sifat usahawan itu bersambung ke peringkat sekolah menengah yang mana beliau telah menyertai Persatuan Usahawan Muda dan banyak menimba ilmu perniagaan di situ. Ketika di Institut Pengajian Tinggi pula, Encik Tengku Helmy Farhan telah mengambil ijazah sarjana muda selama empat tahun di USIM. Pengalaman menjadi ejen berniaga produk dari Empayar Kukubesi antara yang banyak menambah sumber pendapatan ketika di kampus. Semasa menunggu majlis graduasi tiba, beliau menggunakan masa yang ada untuk mencuba meniaga nasi berlauk ala Pantai Timur yang diberi nama ‘Abeku Nasi Berlauk’ di persimpangan Desa Anggerik dengan sokongan ahli keluarga yang tercinta. Alhamdulillah sambutan agakmenggalakkan dari kawan-kawan dan penduduk sekitar. Juga pernah mencuba meniaga nasi berlauk di dalam Kampus UIA semasa program berlangsung di sana. Di waktu yang sama, Encik Helmy juga terlibat dalam perniagaan hartanah yangmana dalambidang ‘sublet’ di bawah Syarikat Aihaz Legacy. Beliau menjadi orang yang menguruskan rumah ‘sublet’ dikawasan Nilai. Setelah beberapa tahun bergelumang dan mencari rentak dalam dunia perniagaan ini, akhirnya pada tahun 2016, beliau dan keluarganya menceburi perniagaan secara serius yang berasaskan ikan patin masak tempoyak di Bandar Temerloh Pahang. 15 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=