Buletin HEPA USIM 2026
KISAH KEJAYAAN ALUMNI USIM TOK JOGHO RAJA PATIN KE DARI Tengku Helmy Farhan bin Raja Za’aim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam (Dengan Kepujian) dari Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM). Menjadi alumni sejak 2014. Beliau mendaftar diri ke USIM pada tahun 2010. Sejak dari permulaan kemasukan ke USIM, Encik Helmy telah bergiat sangat aktif dengan Pusat Kebudayaan dalam USIM iaitu Kumpulan Dikir Barat. Beliau merupakan Tok Jogho dalam kumpulan itu yang juga diberi nama Tabuh Pendeta. Pernah mendapat anugerah Tok Jogho terbaik dalam pertandingan Dikir Barat anjuran Kraftangan Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun 2012. Tabuh Pendeta juga telah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Sepanjang penglibatan beliau dengan Pusat Kebudayaan USIM, banyak pengalaman dan kenangan suka- duka yang diperoleh ketika membuat persembahan dalam negeri dan juga luar negara. Antaranya berpeluang merentasi sempadan ke luar negara. Diantaranya ialah ke negara China Beijing pada tahun 2012, Surabaya Indonesia tahun 2013. Beliau juga antara yang terpilih untuk menjadi Ikon Seni USIM dari tahun 2016-2026. Selain itu, beliau juga dibawah naungan Akademi Arjunasukma yang telah dipimpin oleh Encik Sulhie Yusof. Akademi Arjunasukma cukup banyak memberi peluang dan ruang kepada beliau untuk persembahan di luar kampus. Antara program televisyen yang pernah terlibat secara 14 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=