Buletin HEPA USIM 2026
Ibunda beliau yang memang merupakan anak jati kampung Sanggang Temerloh, telah menurunkan resipi turun-temurun kepada beliau dan dua orang lagi adiknya Tengku Helmieza Raihan dan Tengku Ameer Farees lalu diberi nama kedai Restoran Kancil Raja Patin. Bermula dengan kecil-kecilan, hinggalah ke peringkat ratusan kilogram ikan patin, syukur Alhamdulillah Kancil Raja Patin cuba memberi yang terbaik dan berkongsi manfaat dengan orang lain.Kancil Raja Patin yang juga di bawah payung Syarikat Empayar Tengku Sdn. Bhd. Dengan antara objektif kedai untuk membuat semua orang mengenali Kancil Raja Patin tanpa mengenal usia, bangsa dan agama, Kancil Raja Patin akan lebih berusaha untuk memberi perkhidmatan yang menjadi sebab untuk orang mencapai perasaan keasyikan dalam menikmati hidangan mereka. Harapan untuk USIM yang tercinta agar terus melangkah dalam penyampaian ilmu yang mengintegrasikan ilmu Naqli and Aqli. Juga harapan kepada para mahasiswa USIM agar terus berani mengambil risiko untuk menempuh dunia usahawan. “Rasa Diraja,Harga Rakyat Jelata” 16 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=