Buletin HEPA USIM 2026

PENULISAN DAN PENYELIDIKAN Minat mendalam dalam bidang akademik mendorong beliau aktif menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan perundangan. Antara pencapaian yang paling membanggakan ialah penerbitan artikel bertajuk Capital Punishment in Malaysia: A Critical Analysis of the Legal Framework and Contemporary Developments dalam Asian Journal of Law and Policy (AJLP). Penglibatan aktif dalam pertandingan penulisan, debat dan moot court turut memperkukuhkan kemahiran penyelidikan, analisis dan penghujahan beliau. INTEGRASI ILMU, TONGGAK KEBITARAAN GRADUAN Bagi Haqim Roslan, integrasi ilmu bukan sekadar menguasai teori di dalam bilik kuliah, tetapi kemampuan menghubungkan ilmu dengan nilai, pengalaman dan keperluan masyarakat. Beliau percaya bahawa konvokesyen bukanlah penamat sebuah perjalanan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. “Kejayaan bukan sekadar mencapai kedudukan yang baik dalam kerjaya, tetapi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menggunakan ilmu yang dimiliki untuk membawa perubahan yang bermakna. Teruslah belajar, berusaha dan menyumbang kerana nilai sebenar ilmu terletak pada manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain.” Kisah Haqim Roslan membuktikan bahawa kecemerlangan tidak lahir daripada pencapaian akademik semata-mata, tetapi daripada keupayaan mengimbangi ilmu, kepimpinan dan khidmat kepada masyarakat. Beliau bukan sahaja mengharumkan nama universiti sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, malah menjadi inspirasi kepada generasi mahasiswa untuk terus melakar kejayaan yang memberi makna kepada agama, bangsa dan negara. TRIVIA • Pegawai Inspektor Kor SUKSIS USIM pertama yang menerima Anugerah Tokoh Pelajar FSU dan Anugerah Pelajaran Diraja. • Pelajar Undang-undang FSU pertama yang dilantik sebagai Presiden Kor SUKSIS USIM. • Aktif menghasilkan penulisan serta penerbitan artikel akademik. • Menjalani empat latihan industri di rma guaman dan sektor awam sepanjang pengajian. • Pelajar batch pertama FSU yang menjalani latihan industri di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM 13 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=