Buletin HEPA USIM 2026

MOHD HAQIM ROSLAN Penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) BIOGRAFI Dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, Haqim Roslan merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan pendidikan, disiplin dan nilai integriti. Bapanya merupakan pesara kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Laut di Jabatan Perikanan Malaysia manakala ibunya bertugas sebagai Pegawai Bank di CIMB Bank Berhad. Mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, beliau mencatat keputusan 2A+, 4A, 1A- dan 4B+ dalam peperiksaan SPM sebelum melanjutkan pengajian ke Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang USIM. Kecemerlangan akademiknya terserlah apabila memperoleh PNGK 3.97 di peringkat Tamhidi serta menerima Anugerah Pengarah Tamhidi bagi dua semester berturut-turut. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dengan Kepujian di USIM dan berjaya menamatkan pengajian dengan PNGK 3.72 (Kelas Pertama). Sepanjang pengajian, beliau menerima Anugerah Dekan sebanyak sembilan kali serta memperoleh keputusan MUET Band 4.5. GRADUAN TERBILANG 11 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=