OFFSTONE JAN EDITION 2026
2 usaha pasca-konflik semata-mata, tetapi merangkumi dimensi komunikasi, etika dan tanggungjawab sosial. Islam, sebagai agama yang menekankan keamanan dan kesejahteraan sejagat ( rahmatan lil ‘alamin ), menawarkan satu kerangka normatif komunikasi yang relevan untuk menangani cabaran komunikasi global kontemporari. Artikel ini berhujah bahawa prinsip komunikasi Islam mempunyai potensi besar sebagai asas kepada pembangunan keamananan melalui amalan komunikasi yang beretika, beradab dan berteraskan kebenaran. Pembangunan Keamanan dalam Perspektif Islam Konsep keamanan dalam Islam bukan sekadar ketiadaan konflik, tetapi merangkumi keharmonian sosial, keadilan dan kesejahteraan bersama. Al-Quran menekankan kepentingan perdamaian ( islah ) dan penyelesaian konflik secara adil, seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Hujurat ayat 9 hingga 10 yang menyeru pendamaian antara pihak yang berselisih. Prinsip ini selari dengan konsep perdamaian positif atau ‘ positive peace’ yang diperkenalkan oleh Galtung, iaitu keamanan yang dibina melalui keadilan sosial dan hubungan yang harmoni. Selain itu, Islam memberi perhatian besar terhadap peranan komunikasi dalam mengekalkan keamanan sosial. Larangan terhadap fitnah, khabar angin dan penyebaran maklumat tanpa verifikasi menunjukkan bahawa komunikasi yang tidak beretika boleh menjadi punca konflik. Oleh itu, pembinaan keamanan dalam Islam bermula daripada kawalan lidah dan pengurusan maklumat, bukan hanya tindakan fizikal atau dasar politik. Etika Komunikasi Islam dan Tanggungjawab Global Antara prinsip teras komunikasi Islam ialah tabayyun , iaitu kewajipan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat sebelum disebarkan. Prinsip ini jelas dinyatakan dalam Surah al-Hujurat ayat 6 dan amat signifikan dalam konteks media digital yang sering dibanjiri maklumat tidak sahih. Dalam landskap komunikasi global, kegagalan melakukan verifikasi boleh mencetuskan salah faham antara budaya, agama dan negara. Selain tabayyun, Islam menekankan konsep qaulan sadida (perkataan yang benar) dan qaulan layyina (perkataan yang lembut dan beradab). McQuail, seorang professor dalam bidang komunikasi menegaskan bahawa prinsip ini selari dengan teori normatif media yang menekankan kebenaran, tanggungjawab sosial dan pengurangan mudarat dalam komunikasi awam. Namun, komunikasi Islam melangkaui aspek profesional semata-mata dengan meletakkan dimensi moral dan spiritual sebagai asas kepada amalan komunikasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=