OFFSTONE JAN EDITION 2026

3 Dalam konteks komunikasi global, etika ini bukan sahaja relevan untuk komuniti Muslim, tetapi bersifat universal kerana ia menggalakkan dialog antara budaya, toleransi dan penghormatan terhadap perbezaan. Media Global, Islam dan Cabaran Pembinaan Keamanan Media global memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi terhadap Islam dan umat Islam. Namun, pelaporan yang bersifat sensasi, stereotaip dan berat sebelah sering mengaitkan Islam dengan konflik dan keganasan, sekali gus menyumbang kepada fenomena Islamofobia. Hoskins dan O’Loughlin, penulis buku War and Media menyatakan bahawa media berupaya membentuk “ mediatized conflicts ” yang memanjangkan ketegangan walaupun konflik fizikal telah berakhir. Dalam era media sosial, cabaran ini menjadi lebih kompleks apabila individu biasa turut berperanan sebagai penyebar maklumat. Fenomena “ trial by media ” dan penghakiman awam tanpa proses keadilan bukan sahaja merosakkan reputasi individu, malah berpotensi mencetuskan konflik sosial yang lebih besar. Keadaan ini menuntut peranan aktif komunikator Muslim; termasuk wartawan, pendidik dan pempengaruh digital untuk mempraktikkan komunikasi yang beretika dan menyumbang kepada naratif keamanan. Perbincangan: Ke Arah Komunikasi Global yang Berteraskan Nilai Islam Mengintegrasikan prinsip komunikasi Islam dalam amalan komunikasi global memerlukan usaha bersepadu antara pendidikan, media dan masyarakat. Literasi media yang berasaskan nilai perlu diperkukuh agar khalayak bukan sahaja celik teknologi, tetapi juga sedar akan implikasi moral dan sosial setiap maklumat yang dikongsi. Komunikasi Islam juga boleh berfungsi sebagai jambatan dialog antara budaya dan agama dengan menekankan nilai sejagat seperti keadilan, kebenaran dan empati. Dalam konteks pembinaan keamananan, komunikasi bukan lagi alat neutral, tetapi satu tanggungjawab etika yang mampu sama ada meredakan atau memburukkan konflik. Penutup Secara keseluruhan, prinsip komunikasi Islam menawarkan satu kerangka normatif yang kukuh untuk menyokong usaha pembinaan keamanan dalam era komunikasi global yang semakin terpolarisasi. Melalui penekanan terhadap kebenaran, verifikasi, adab dan tanggungjawab sosial, komunikasi Islam berpotensi menjadi pemangkin kepada keamanan yang berpanjangan. Oleh itu, pengintegrasian nilai-nilai ini dalam kajian komunikasi, amalan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=